Hazrat Abu
Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang
akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada
bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya
untuk beribadat kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada
masjid
- Dua orang yang berkasih sayang antara satu
sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
- Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan
jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
- Seorang yang memberi sedekah secara
bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh
tangan kanannya
- Lelaki yang mengingati Allah berseorangan
sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat
Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar